arnabGunung
menanti kedatangan anda

Saturday 31 December 2011

ROOM SERVICE... :)

tiba-tiba saja rasa rajin... ajak anak2 bersihkan teratak arnabgunung. suami pulak masak... :).. dh byk najisnya terkumpul,so kitorang sembur saja ngan getah paip.. cabut rumput dan tumbuhan yg menjalar di lantai dan tiang teratak. sembur ubat anai2 sbb diorang pun nk kongsi dok situ..mmmm.. tikus pun dh berani naik teratak (tu sebab 4 ekor baby arnab kena kidnap ngan tikus :(((((  ) dh siap sume baru la nampak kemas dan bersih. kandang baru pun sudah siap 1 lagi..handmade anak2... so bertambah lg la bilik kat AG..

Tuesday 20 December 2011

antara anak arnab comel2 yang menceriakan arnabgunung...







yang ni bukan dari arnabgunung tp dibeli di kelantan.. baka pedaging punyer..

si ibu bersama 5 ekor anaknya... usia anak; 1 bulan. hari ni 20.12.11 baru ceraikan dari maknya..
kelahiran semalam tapi baru disedari hari ini.... kelahiran kali kedua dari induknya.. (baka mix)..5 ekor semuanya nampak sihat setakat ini

kehilangan

LALA..... 8 bulan.. sedang nazak selepas beranak 2 minggu.. saat ini 20.12.11 jam 8.15mlm.. lala masih nyawa2 ikan. masih diberi rawatan antibiotik dan glukos.

haaaaaaa ini la anak lala yang ke 3 mati. yg lain2 x sempat ambil gambar. mati di tangan Asmahuda semasa disusukan.. baby ni tarik nafas dalam-dalam 3kali pastu terus senyap...mmmmmm
LALA (holland loop ) kesayangan...semasa sihat dan kuat. (2Bulan)

teratak penghuni arnabgunung

Inilah teratak penghuni arnabgunung buat masa ini.. mungkin akan direnovate lg dari masa ke semasa. Lokasi rasanya sudah terpencil dan jauh dari kebisingan jalanraya.. 1 kandang majoriti untuk 1 arnab atau ibu dan anaknya atau sepasang untuk breed. setakat ini ada 15 pintu @ bilik. ;)


Sunday 18 December 2011

MASIH MENJADI MISTERI........

Jam 8.10 mlm ini.... sedang ibunya tenat melawan sakit,tiba2 pula anaknya 2 ekor lg mati,baru berusia 2 minggu.. so,semua 4 ekor anaknya mati.( dimaklumkan bhw kematian yg 2 ekor lebih awal seminggu) Ibunya entah sakit apa,tiba2 saja lemah tidak bermaya,mata lansung x berkelip tp nafas masih ada... semalam bawa ke veterinar,rawatannya diberi glukos dan antibiotik. Caj??? Rm 60...ok lah tu.. tp yg masih menjadi misteri dan tandatanya...mengapa 3 drp 6 (INDUK) ekor arnab yg beranak akan mati secara tiba2 kemudiannya?? sungguh membingungkan.. sayang sungguh baka holland loop plak tu..apa masalahnya ya?? Kalau anaknya mati tidaklah misteri sangat mungkin jenis yg resesif...yg dominan saja mnopoli susu mak dia ..sungguh berbesar hati jika ada yg sudi menjawab  dan menghuraikan kegusaran hati arnabgunung...adakah penjagaan ys spesifik utk ibu arnab selepas melahirkan?? adusssss asek kematian arnab saja... mungkin juga ujian utk arnabgunung supaya dpt byk pengalaman.. Terima sajalah.... Syukur....

Saturday 10 December 2011

kehilangan seekor ahli

jam 5 ptg tadi sdg ahli2 arnabgunung sibuk menyiapkan kandang baru,tiba2 dikejutkan dgn kekakuan sekujur tubuh rex (baby) 2 bln yg dibeli di salor pasir mas klantan.. sayangnya... owner termenung.... xde rezeki nak buat macamana. kandang@reban baru sudah siap esok kerja2 setting tempat baru utk semua.. baby holland loop pun nmpaknya ok je,sudah berusia 5 hari. biarkan saja mak nya saja yg jaga. rupa2nya senang saja nk uruskan arnab.. :))).. ahli arnabgunung skrg sudah 36 ekor.. byk juga yg hilang dan mati ekoran kecuaian owner sendiri..  dengan adanya kandang baru ini harap penghuni semua selesa... untuk peminat arnab yg ingin membuat kandang,harap terus beli dawai yg mahal dan berkualiti sebabnya faham2 sajalah.. sekali kerja sahaja.. :))))

Friday 9 December 2011

salam sejahtera peminat arnab semua... pagi tadi jam 3 pg owner arnabgunung semua baru sampai dari kelantan ekoran dari bercuti dan kehilangan seorang ahli keluarga yang amat disayangi... Abah... Al fatihah.. Semoga rohnya bersama para mukminin di dalam syurga Allah. semasa berada di kelantan juga 2 induk HOLLAND LOOP telah melahirkan 4 dan 5 ekor anak. tp sayang 5 ekor dari 1 induk telah mati semuanya angkara semut. sayang sungguh memandangkan ianya anak sulung. arnabgunung juga menerima beberapa sms drp peminat arnab bertanya tentang rex dn sbgnya.. maaflah arnabgunung tidak dpt memberi respon dgn segera kerana ketiadaan line telefon di kampung mungkin juga kerana masalah telefon owner sendiri.. skrg projek membesarkan kandang sdg dijalankan memandangkan ahli famili arnabgunung makin bertambah.. masih rasa sayang untuk menjual anak2 arnab ini,biarla arnabgunung bela dulu dan generasi ke3 nanti bolehlah buat bisnes.. :)))))))).. gbr belum dpt upload lg.. Insya-Allah akan dipamerkan utk tatapan peminat semua... tq