arnabGunung
menanti kedatangan anda

Saturday 31 December 2011

ROOM SERVICE... :)

tiba-tiba saja rasa rajin... ajak anak2 bersihkan teratak arnabgunung. suami pulak masak... :).. dh byk najisnya terkumpul,so kitorang sembur saja ngan getah paip.. cabut rumput dan tumbuhan yg menjalar di lantai dan tiang teratak. sembur ubat anai2 sbb diorang pun nk kongsi dok situ..mmmm.. tikus pun dh berani naik teratak (tu sebab 4 ekor baby arnab kena kidnap ngan tikus :(((((  ) dh siap sume baru la nampak kemas dan bersih. kandang baru pun sudah siap 1 lagi..handmade anak2... so bertambah lg la bilik kat AG..

Tuesday 20 December 2011

antara anak arnab comel2 yang menceriakan arnabgunung...







yang ni bukan dari arnabgunung tp dibeli di kelantan.. baka pedaging punyer..

si ibu bersama 5 ekor anaknya... usia anak; 1 bulan. hari ni 20.12.11 baru ceraikan dari maknya..
kelahiran semalam tapi baru disedari hari ini.... kelahiran kali kedua dari induknya.. (baka mix)..5 ekor semuanya nampak sihat setakat ini

kehilangan

LALA..... 8 bulan.. sedang nazak selepas beranak 2 minggu.. saat ini 20.12.11 jam 8.15mlm.. lala masih nyawa2 ikan. masih diberi rawatan antibiotik dan glukos.

haaaaaaa ini la anak lala yang ke 3 mati. yg lain2 x sempat ambil gambar. mati di tangan Asmahuda semasa disusukan.. baby ni tarik nafas dalam-dalam 3kali pastu terus senyap...mmmmmm
LALA (holland loop ) kesayangan...semasa sihat dan kuat. (2Bulan)

teratak penghuni arnabgunung

Inilah teratak penghuni arnabgunung buat masa ini.. mungkin akan direnovate lg dari masa ke semasa. Lokasi rasanya sudah terpencil dan jauh dari kebisingan jalanraya.. 1 kandang majoriti untuk 1 arnab atau ibu dan anaknya atau sepasang untuk breed. setakat ini ada 15 pintu @ bilik. ;)


Sunday 18 December 2011

MASIH MENJADI MISTERI........

Jam 8.10 mlm ini.... sedang ibunya tenat melawan sakit,tiba2 pula anaknya 2 ekor lg mati,baru berusia 2 minggu.. so,semua 4 ekor anaknya mati.( dimaklumkan bhw kematian yg 2 ekor lebih awal seminggu) Ibunya entah sakit apa,tiba2 saja lemah tidak bermaya,mata lansung x berkelip tp nafas masih ada... semalam bawa ke veterinar,rawatannya diberi glukos dan antibiotik. Caj??? Rm 60...ok lah tu.. tp yg masih menjadi misteri dan tandatanya...mengapa 3 drp 6 (INDUK) ekor arnab yg beranak akan mati secara tiba2 kemudiannya?? sungguh membingungkan.. sayang sungguh baka holland loop plak tu..apa masalahnya ya?? Kalau anaknya mati tidaklah misteri sangat mungkin jenis yg resesif...yg dominan saja mnopoli susu mak dia ..sungguh berbesar hati jika ada yg sudi menjawab  dan menghuraikan kegusaran hati arnabgunung...adakah penjagaan ys spesifik utk ibu arnab selepas melahirkan?? adusssss asek kematian arnab saja... mungkin juga ujian utk arnabgunung supaya dpt byk pengalaman.. Terima sajalah.... Syukur....

Saturday 10 December 2011

kehilangan seekor ahli

jam 5 ptg tadi sdg ahli2 arnabgunung sibuk menyiapkan kandang baru,tiba2 dikejutkan dgn kekakuan sekujur tubuh rex (baby) 2 bln yg dibeli di salor pasir mas klantan.. sayangnya... owner termenung.... xde rezeki nak buat macamana. kandang@reban baru sudah siap esok kerja2 setting tempat baru utk semua.. baby holland loop pun nmpaknya ok je,sudah berusia 5 hari. biarkan saja mak nya saja yg jaga. rupa2nya senang saja nk uruskan arnab.. :))).. ahli arnabgunung skrg sudah 36 ekor.. byk juga yg hilang dan mati ekoran kecuaian owner sendiri..  dengan adanya kandang baru ini harap penghuni semua selesa... untuk peminat arnab yg ingin membuat kandang,harap terus beli dawai yg mahal dan berkualiti sebabnya faham2 sajalah.. sekali kerja sahaja.. :))))

Friday 9 December 2011

salam sejahtera peminat arnab semua... pagi tadi jam 3 pg owner arnabgunung semua baru sampai dari kelantan ekoran dari bercuti dan kehilangan seorang ahli keluarga yang amat disayangi... Abah... Al fatihah.. Semoga rohnya bersama para mukminin di dalam syurga Allah. semasa berada di kelantan juga 2 induk HOLLAND LOOP telah melahirkan 4 dan 5 ekor anak. tp sayang 5 ekor dari 1 induk telah mati semuanya angkara semut. sayang sungguh memandangkan ianya anak sulung. arnabgunung juga menerima beberapa sms drp peminat arnab bertanya tentang rex dn sbgnya.. maaflah arnabgunung tidak dpt memberi respon dgn segera kerana ketiadaan line telefon di kampung mungkin juga kerana masalah telefon owner sendiri.. skrg projek membesarkan kandang sdg dijalankan memandangkan ahli famili arnabgunung makin bertambah.. masih rasa sayang untuk menjual anak2 arnab ini,biarla arnabgunung bela dulu dan generasi ke3 nanti bolehlah buat bisnes.. :)))))))).. gbr belum dpt upload lg.. Insya-Allah akan dipamerkan utk tatapan peminat semua... tq

Wednesday 16 November 2011

SYUKUR ALHAMDULILLAH...

Assalamualaikum.... salam sejahtera... tatkala coretan ini dicatatkan... arnabgunung rabbitry telahpun menerima kelahiran baru sebanyak 14 ekor.
30 okt- induk teddybear (koko) 4 ekor
12 nov-induk teddybear jugak (betty) 5 ekor
13 nov-induk mix (kelly) 5 ekor.. sumenya hitam..
nampaknya kami kenalah perbesarkan kandang rabbit2 ni... jumlah semuanya sudah 33 ekor tak termasuk yg telah dihadiahkan kpd anak saudara..sepasang..yg jatuh longkang terus mati lemas 2 ekor.. sudden death 1 ekor.. melarikan diri 1 ekor.. :))))))... pukul 3.30 ptg tadi gegirls semua bawa Rexy dan Putih ke veterinar untuk rawatan. Rexy untuk rawat kaki yg infected sampai tercabut kuku.kena suntik ngan antibiotik.. Putih pulak sebab gigi dah panjang dan dah patah pun..:)))))) so kena la kasi dia satu kayu untuk dia gigit..Alhamdulillah...dan  harap2 jabatan haiwan sudi bagi bantuan untuk arnabgunung perbesarkan bisnes.... insya-Allah....

Wednesday 14 September 2011

Kelahiran dari induk kedua...

salam pada semua.... lama sudah arnabgunung membisu dek kerana kesibukan kerja dan Aidilfitri.. Alhamdulillah,kami dikurniakan lagi anak arnab yang comel2 7 ekor pada pagi 2 syawal lalu... tp sayang 2 hari kemudian seekor x dpt survival kerana terlampau kecil (sebesar anak tikus)...tinggal 6 ekor.. jadi 11 ekore anak arnabgunung skrg ini.... semuanya sihat dan lincah. seminggu sudah buka mata dan 2 minggu sudah keluar dari nestbox...harap2 sebulan lagi ada lagi kelahiran.... Rexy belum bunting lg ... sudah 2 bulan menanti... harap2 hujung bulan n i dpt pula anak Rex...Aminnnnn

Tuesday 9 August 2011

new 1st born just for experiment n experient.....

Sabtu 6 ogos 2011.. belum sampai 1 bulan arnab yg kubeli untuk korban hari raya nanti telah melahirkan zuriatnya seramai 5 ekor....comel2 sungguh.... 2 kaler pink n 3 kaler hitam. kecoh 1 umah jadinya.. maklumla ini la kali pertama kami terima kehadiran arnab baru dan ianya tidak dijangkakan.kelam kabut siapkan nestbox utk baby2 arnab...tegolek2 sume kat jaring..hehe..2 ekor kaler pink ni nampaknya lebih dominan.. beso dari yang 3 hitam tu. tp tup2 hari ni (hari ke 4) dah beso n bulat dh salah sekor yang kaler hitam.. mesti dia yg dapat susu banyak (agaknya)...  terima kasih mak arnab yea... dapat la kami menimba pengalaman kalau REXY pulak beranak nanti (due 1 sept) setelah dikahwinkan pada 1 ogos lepas.... harap2 kali ini menjadi la setelah seminggu lepas rexy meroyan buat sarang padahal x jadi bunting pun...napa ye????
ok berbalik pada mak arnab n baby2nye.. apa nama nak kasi??? do re mi fa so??? hehehe.... kena tanya dia punya owner (gegirls sume).  alhamdulillah sampai saat ni nampaknya baby2 sume survival... sihat n buncit2 sume (pasal byk mnum susu la tu)...x sabar tggu  6 hari lg nk ngok bulunye.... ok baby2 arnab,welcome to arnabgunung's big buddy.......

Wednesday 20 July 2011

Monday 18 July 2011

kesayanganku

lop ear (lala) butterfly beb
produk arnab kecil arnab besar
holland lop (kiki)
juga produk mat pizza, arnab kecil arnab besar

penghuni arnabgunung

  pure rex (buck)
 pure rex buck n doe
 
jr fuzzy lop (beccam)
 jr  fuzzy lop (betty)

Wednesday 13 July 2011

jumpa kami di fb

http://www.facebook.com/profile.php?id=100002611107106

playground bg arnabgunung

inilah playground bg ag(masih dlm pmbikinan)
COMING SOON!!!!

salam perkenalan kepada sume pminat2 arnab. arnabgunung(ag) baru mnjinakkan dri dlm bdng ini.diarap slh & clap sy dpt diberikan tnjk aja.mnx maap di ats kedaifan blog ini disbbkn oleh kekurangan ilmu di dada. ini pengenalan bg ag =D